![]() |
| Himpunan 10 Kisah Peng-Islaman Sahabat (1) |
![]() |
| Berdiri Teguh Di Atas Meja Penulis! |
Alhamdulillah. Akhirnya, penantian ini telah berakhir. Setelah sekian lama menanti, akhirnya karya saya yang pertama bersama penerbit Galeri Ilmu Media Group telah tiba di atas meja penulis. Semoga karya ini menjadi saham dakwah yang sentiasa mengalir pahalanya sehingga ke hari kebangkitan kelak, insya-Allah, amin.
Pada hari Khamis yang lalu, saya bergegas ke Astana Karya untuk mengambil naskah penulis. Sempat juga saya berbual dengan Tuan Editor, Encik Amir berkenaan beberapa isu. Namun, khabar yang paling menggembirakan ialah, insya-Allah naskah kedua, iaitu Himpunan 10 Kisah Peng-Islaman Sahabat (2) akan siap dan bakal diterbitkan menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL14) tahun hadapan. Justeru, insya-Allah, saya bakal berada di PBAKL14 bersama dua naskah ini. Doakan saya, ya?
Apa kata pembaca tentang naskah ini?
Alhamdulilah! Cikgu Rozaidi merupakan pembaca pertama karya ini. Saya mendapat maklum balas yang daripada beliau tentang karya ini. Antara individu lain yang turut memberi komentar tentang naskah ini ialah Tuan Haji Zakaria Sungib, Ketua Jabatan Novel GIMG. Kata beliau tentang naskah ini, "Alhamdulillah, kisah-kisah menarik termuat dalam buku himpunan kisah garapan ustaz. Teruskan menulis, ustaz."
![]() |
| Pelajar Tingkatan 5 Bersama Naskah Mereka. Moga Sukses Dalam Peperiksaan SPM, Insya-Allah! |
Karya Sirah..
Selain naskah Himpunan 10 Kisah Peng-Islaman Sahabat (1), GIMG juga menerbitkan pelbagai buku dalam genre ini. Tuan Khairy Tajudin banyak menulis dalam genre ini. Dalam masa yang sama, ada lagi penulis-penulis lain seperti Tuan Zuraimi, Tuan Waqiuddin Chan, Cikpuan Mariam M.S dan ramai lagi. Andai anda berminat memiliki karya-karya tersebut, anda boleh menghubungi pihak GIMG di laman sesawang www.galeriilmu.com atau membeli terus kepada penulisnya.
Saya boleh dihubungi di zulfaq3r_28@hotmail.com atau lawati dan like page rasmi Himpunan 10 Kisah Peng-Islaman Sahabat (1).
Salam ukhwah!
Adzhar Ibrahim.




