Bismillah..
Dengan izin Allah, saya sedang menulis sebuah manuskrip berkisar tentang kisah-kisah pengislaman sahabat Rasulullah. Sepanjang pemerhatian saya, terdapat banyak kisah pengislaman Sahabat yang sudah pasti sarat dengan pengajaran. Justeru, berikut adalah butiran manuskrip yang sedang saya tukangi:
Judul
20 Kisah Keisalaman Sahabat Rasulullah s.a.w
Sinopsis
Ikuti kisah pengisalaman 20 orang sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka adalah Salman al-Farisi r.a, al-Tufail bin ‘Amr al-Dausi r.a, ‘Abdullah bin Jahsy r.a, Zaid al-Khair r.a, Abu al-‘As bin Rabi’ al-Absyami r.a, Sa’ad bin Abi Waqas r.a, ‘Abdullah bin Mas’ud r.a, Abu Darda’ r.a, Zaid bin Sanah r.a, ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani r.a, Abu Talhah al-Ansari r.a, Adi bin Hatim r.a, Hakim bin Huzam r.a, Thumamah bin Uthaal r.a, Abu Sufyan bin Harith r.a, Usaid bin Hudhair r.a, Talhah bin ‘Ubaidillah r.a, ‘Abdullah bin Salam r.a, Wahsyi r.a, Sa’id bin ‘Amir al-Jumahi r.a. Setiap tokoh mempunyai cerita dan pengalaman yang tersendiri.
Sasaran Pembaca
- Saudara baru Islam:
Menceritakan kepada mereka bahawa penderitaan yang dialami oleh saudara baru adalah perkara lumrah. Justeru, penceritaan tentang penderitaan yang amat dahsyat yang dialami oleh sahabat Rasulullah sedikit sebanyak mampu memberi inspirasi kepada mereka agar terus istiqamah dalama gama Allah.
- Bakal saudara baru Islam dan mereka yang mula berjinak dengan Islam:
- Pembaca umum:
Anggaran Halaman
Sekitar 150 halaman.
Senarai Sumber Rujukan
- Surah Min Hayah al-Sahabah karangan Dr. ‘Abd al-Rahman Ra’fat al-Basya
- Sifah al-Safwah karangan Imam Ibn al-Jawzy
- Al-Bidayah Wa al-Nihayah karangan Ibn Kathir.
Tarikh Dijangka Terbit
Menjelang PBAKL 2013, In sya Allah!
Pada saat entri ini ditulis, proses penulisan manuskrip ini hanya berbaki 5% sahaja lagi. Selepas siap, saya perlu peram dan lakukan edit-kendiri. Kemudian, barulah boleh dihantar kepada Tuan Editor yang budiman.
Doakan saya, ya?
![]() |
| Sebuah manuskrip kulit dari Yaman, ukuran 18 x 13 cm: Jasa baik dari Museum Arsip Nasional Yaman |

No comments:
Post a Comment
Semoga komentar anda memberi nilai tambah buat saya.